Wahai umat Islam di seluruh pelusuk dunia :
Palestina adalah barisan pertahanan dan serangan pertama bagi umat islam daripada pertempuran buat masa kini.
Sekarang mujahidin di sana membela masa depan negara kamu, diri kamu, dan keturunan kamu. Ianya sebagaimana mereka membela diri dan keturunan mereka.
Isu Palestina ini bukan isu negara timur, bukan juga isu bangsa Arab sahaja. Akan tetapi, ia adalah isu Islam dan umat Islam keseluruhannya. Dan tidak ada tempat untuk membuktikan hak orang Arab di dalamnya dan ia juga tidak ada tempat untuk menjelaskan melainkan hak umat Islam sahaja.
Tugas sekarang adalah bukan untuk bercakap kosong lagi. Akan tetapi saat ini adalah masa untuk bertindak…
Bantah pada normalisasi Israel dalam setiap cara. Teruskan memboikot terhadap negara yang menentang perjuangan Islam, tanpa mengira kewarganegaraan atau latar belakang mereka.
Berikan sumbangan wang anda kepada rakyat Palestin yang sedang susah, rumah yang hancur, dan mujahidin yang sedang bertempur di medan perang.
Sudah tidak ada alasan lagi untuk seseorang daripada kamu memohon maaf kerana tidak mampu menolong dan beramal bersama Palestin melainkan iman yang lemah.
Tidak ada yang binasa di hadapan Allah kecuali orang yang binasa.
“Dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong-Nya, sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa”.













































































